Saturday, January 26, 2013

kisah cinta kita

tipulah kalau ada org ckap yg dia xpenah cinta dan sayang akan seseorang.. ini kerana sebelum manusia itu dilahirkan ALLAH telah mniupkan sifat sayang dlm setiap manusia. malah kejadian manusia itu sendiri wujud dari perasaan kasih dan sayang.. bila bbicara tentang cinta, ramai yang teruja, seronok malah tidak kurang juga berasa sedih dan enggan bbicara tentangnya..pendefinisian cinta cukup luas sekali..malah konspe cinta juga mliputi pelbagai aspek.. cinta kepda ALLAH, cinta kepada Rasul dan Nabi, cinta kpda ibubapa dan juga cinta kepada kekasih.. tapi untuk ruangan kali CSK nk bcerita tentang cinta kepda seorang kekasih

mnusia cnderung untuk bcinta kerana ketidaksempurnaan yg wujud dlm diri manusia.. didampingi dan juga mndampingi.. manusia pasti akan dihambat kebosanan, kesunyian dan juda kesedihan pabila sendirian.. oleh itu, carilah cinta pasti kita akan mnemukan kebahgiaan.. bukankah ALLAH sudah menjadikan stiap yg hidup itu bpasang-pasangan.. Hawa wujudnya dari tulang rusuk Adam.. sesuai dgn asal kejadian, sifat pasangan itu melindungi dan juga mdampingi pasangan masing2.. subhanallah.. begitu sempurna sekali pcaturan kejadian manusia itu..

cinta itu sifatnya mberi dan mnerima.. dlm tafsiran yg lain berkongsi.. perkongsian hnya wujud bila mana ada keperluan yg dperlukan oleh sbelah pihak, manakala pihak yg lain pula bkemampuan utk mmenuhinya. justeru, mmilih pasangan hidup itu tersangatlah pnting.. mmilih pasngan hdup seiring dgn mcaturkan masa depan kita, bukan shaja di dunia malah di akhirat jua.. sbb itu CSK bpndapat, biar mmilih dan bukan tsalah pilih.. hihihi XD bukan hasrat hati untuk mcari yg sempurna tp ckup itu mlengkapkan diri ini sbg hamba ALLAH.. malah, jika mcari yg sempurna apa wjud lg pkongsian yg dsebutkan sbentar td.. ini kerna sempurna itu sudah lengkap tnpa perlu apa2 dan juga siapa2 lg..

klu bbicara tentang cinta pasti tiada ksudahan.. kerna itu ckup indah dceritakan apatah lg utk dirasai.. stiap org juga punya pndangan yg bbeza tntang cinta.. bg CSK, cinta pada yg halal, cinta bila masanya dan juga cintalah berpada2..

sahabat sejati

sekali update, smpai 4,5 post CSK update.. hahaha.. mood dtg.. bosan sbnarnyer.. ok r, skg CSK nk cerita sal sahabat. dlm dunia nie sume org de sahabat. betoi x? mgkin topik nie agk ringan buat certain readers.. but still, im writting to share my thought.. here it is... enjoyyyyyy..

sahabat sejati sukar dicari.. justeru, jangan dipersiakan sahabat sejati kelak ia akan membunuh dirimu sendiri. hargai sebuah persahabatan yang terjalin.. jangan cemari dengan penipuan dan pendustaan. kerna, persahabatan yang terjalin mesti berlandaskan kepercayaan. dan percayalah kepercayaan itu umpama sehelai kertas, bila sudah dinodai, ia seperti direnyuk-renyuk dan takkan pulih seperti sedia kala.. 

dalam bersahabat hendaklah bijak dan arif. kerna banyak yang bertopengkan.. golongan bijak pandai mengatakan,jika hendak mngenal peribadi seseorang, lihatlah pada rakan atau temannya. jelas disini menunjukkan betapa besarnya impak seorang yang bergelar sahabat kepada diri kita.

“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

hargailah sahabat anda...

Thursday, January 24, 2013

Berat badan

Assalamualaikum wbt..

Untuk kesekian kalinya nak ambik peluang yang ada ini untuk berkongsi pendapat dan juga buah fikiran berkenaan dengan berat badan. Sedia maklum bila kita duk bcerita tentang isu nie msti ramai yg takut dan malu. yela, berat bdan nie akan  mnampilkan personaliti ssorg.. dan psonalti sgt2 pnting dlm byk pkara..

personally, aku xkesah pun ak gemuk ke, kurus ke.. yg penting tubuh badan SIHAT.. klu duk sibuk nk kurus tp badan sakit (eg: malnutrition) xguna jugak. nie ade yg smp sggup xmakan smata2 utk nmpk cntik dan juga mnawan.. come on people, org nmpk korg cntik, tp korg tseksa.. xke BODOH namanya tue.. bukan la k ckp org diet tu BODOH. even, ada an cara diet yg betoi dan sihat. tp ramai yg xpaham knsep diet tu apa.. mostly think; ok, ak diet skg, xley nk mkan.. stgh tu obses sgt smp sblum mkan timbang dan slpas makan pn timbang.. dah ko makan msti la berat badan.. budak sekolah rendah pun taw kot.. even worst, ade yg sggup duk muntahkan smle mkanan yg dimakan sbelum smpt bdan mcernakan.. mental oooo..

kdg2 nk jgak tye org cmni, knpe korg tgok org gemuk nie loser ke? xcntik? pelik an.. klu nk ckp gemuk loser, abes adele tu? bpe bnyak awards dia dpt tp dia gemuk je.. adibah noor? pn sama.. pokoknya disini, gemuk ke, kurus ke xmnentukan kjayaan ssorg tue.. feel cmfortable with ur body, then ppl will also comfortable with u!! secondly, sbab xcntik? cntik tu an subjektif.. ok fine, mgkin rmai yg ckp gemuk xcntik.. klu dh xcntik sgt npe ak tgok ade je org gemuk yg kawen.. yela, klu dh xcntik an mesti xde org nk.. am I right?? hahaha. simple je kot.. klu bdan ko cntik cm model2 tp prangai cm taik xde spe jgk nk.. yela, klu duk mlalak, tpekik2, tkinja2 spe nak.. bckap duk mcarut je.. mrusuh n emo 24 jam xde spe bkenan aihh.. spe2 yg ase dia cntik tu cuba buat.. silap2 dpt pnampar lg kot..

bkan la aku nk kondem org yg diet nie.. ok je.. ak pn kdg2 bdiet jgk.. tp ingt, niatkan diri bdiet tu bkn utk cntik je, tp untuk ksihatan jga. cri pnduan diet yg sihat n jgn diet mbabi buta jew.. tye pakar dlu sblum mla kn diet anda.. lg satu, xbdosa pn utk nmpk cntik dan XBDOSA juga klu gemuk.. dlm Islam xde plk ckp, org2 gemuk adlh gol yg bdosa. so, xperlu nk jijik dan hina org gemuk.. kita xtaw satu hari nnt, kita plak gemuk an.. ingt ni je, jz b cmfortable with urself..




Thursday, June 7, 2012

tentang kita


Tentang Kita Slideshow: Jamali’s trip to Ipoh, Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Ipoh slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Friday, June 1, 2012

Auratmu wanita

Aurat merupakan perkataan yang berasal dari perkataan Arab iaitu 'Aurah' yang membawa maksud keaiban. Istilah feqah pula mendenifisikan aurat sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.Namun begitu, terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan pada orang-orang yang tertentu.


Tapi, pada zaman ini, terdapat ramai golongan yang mendedahkan aurat secara terbuka tanpa segan silu terutamanya perempuan. bukan CSK hendak bersikap tidak adil, tapi pekara ini mungkin terjadi disebabkan oleh aurat perempuan lebih "banyak" perlu dijaga seterusnya membuatkan wanita lebih cenderung untuk membuka aurat. Tidak kurang juga yang tidak tahu tentang hukum dan batas batasan aurat lantas secara tidak sedar turut "membuka" aurat mereka. Jadi, pada post kali ini, CSK hendak berkongsi sedikit tentang apa yang CSK tahu tentang aurat perempuan ini. So, enjoy..

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
  1.  Aurat Ketika Sembahyang: Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
  2. Aurat Ketika Sendirian: Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
  3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Alasan mengapa pekara ini dilakukan ialah tidak lain tidak bukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh. Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
  1. Suami
  2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
  3. Ayah mertua
  4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
  5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
  1. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
  2. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
  3. Anak saudara dari saudara perempuan
  4. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
  5. Hamba sahaya
  6. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
  7. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka. Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
  1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
  2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian. 

So, CSK dah bercerita dgn panjang lebar tentang aurat nie. So, kepada wanita di luar sana, tutuplah aurat mu.. Jadi bunga yang mekar di taman, buah yang ranum di hujung pokok. Janganlah kamu serahkan dirimu kepada lalat dan ulat yang durjana.

Wednesday, May 30, 2012

Qiamat dalam surah Al-Qaari'ah (ayat 1-11)

1. Hari yang menggemparkan
2. Apa dia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu ialah:hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan gunung ganang menjadi sperti bulu yang dibusar berterbangan.
6. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing): adapun orang yang berat timbangan amal baiknya:
7. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya:
9. Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
11. (Haawiyah itu adalah): Api yang panas membakar


Saturday, May 26, 2012

bulan rejab & keistimewaanya

alhamdulillah.. bulan rejab datang lagi.. ya, bulan rejab!! hahaha. selalu kalau kalendar Islam, bulan2 yang glamer bulan Ramadhan, Syawal an.. so, ramailah yang terlepas pandang dan tak sedar bile dah masuk bulan rejab. so CSK nak cerita sikit la pesal bulan rejab nie. act CSK bukan taw sgt la pesal bulan rejab nie. certain info tu CSK bru taw.. tp xpew, CSK tetap nk share dgn korg ilmu yg CSK ada nie..

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. bulan rejab merupakan salah satu bulan HARAM  di dalam 12 bulan dalam kalendar Islam. selain daripada Rejab, bulan HARAM yg lain ialah Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam. pada bulan2 nie,
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika keselamatan mereka terancam. jelas membuktikan bahawa, bulan ini sangat "istimewa" sekali sehingga peperangan dilarang sekali kecuali mereka diugut. ini dapat dibuktikan melalui hadis dibawah:

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

byk peristiwa yang penting dan menarik dalam bulan rejab nie. CSK senaraikan untuk korg. so, kalau korg nk taw lebih detail, korang wt research sndiri la ea. hehehe. bkn apa jgk, act CSK xnak ler post nie jd pnajang sgt, nnt letih plak korg nk baca. so nie ler senarai ny:
  1.  Hijrah pertama
  2. Peristiwa Isra' dan Mikraj
  3. Pembebasan Baitul Maqdis
  4. Kelahiran Imam As-Syafie r.a
  5. Perang Tabuk di antara Tentera Rom dan Tentera Islam
ok, sekarang CSK nk cerita sikit sal kelebihan berpuasa di bulan rejab nie. hukum puasa di bulan rejab adalah sunat. namun tiada hari2 yang khusus untuk umat Islam mengerjakanya. kalau korg taw imbalan puasa pd bulan rejab nie, sure korg nk bulan rejab je spjang tahun.. hehehe..since CSK malas nk tulis byk2, CSK come out dgn hadis di bawah.. it explain everything..
(Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan)") hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid
 bagi CSK, menjelmanya bulan rejab, semakin menghampiri kite dgn bulan Ramadhan. semoga diberi lg ksempatan utk mnikmati bulan Ramadhan kali ini. insya ALLAH..