Wednesday, May 30, 2012

Qiamat dalam surah Al-Qaari'ah (ayat 1-11)

1. Hari yang menggemparkan
2. Apa dia hari yang menggemparkan itu?
3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
4. (Hari itu ialah:hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.
5. Dan gunung ganang menjadi sperti bulu yang dibusar berterbangan.
6. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing): adapun orang yang berat timbangan amal baiknya:
7. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya:
9. Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"
10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?
11. (Haawiyah itu adalah): Api yang panas membakar


Saturday, May 26, 2012

bulan rejab & keistimewaanya

alhamdulillah.. bulan rejab datang lagi.. ya, bulan rejab!! hahaha. selalu kalau kalendar Islam, bulan2 yang glamer bulan Ramadhan, Syawal an.. so, ramailah yang terlepas pandang dan tak sedar bile dah masuk bulan rejab. so CSK nak cerita sikit la pesal bulan rejab nie. act CSK bukan taw sgt la pesal bulan rejab nie. certain info tu CSK bru taw.. tp xpew, CSK tetap nk share dgn korg ilmu yg CSK ada nie..

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. bulan rejab merupakan salah satu bulan HARAM  di dalam 12 bulan dalam kalendar Islam. selain daripada Rejab, bulan HARAM yg lain ialah Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam. pada bulan2 nie,
Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika keselamatan mereka terancam. jelas membuktikan bahawa, bulan ini sangat "istimewa" sekali sehingga peperangan dilarang sekali kecuali mereka diugut. ini dapat dibuktikan melalui hadis dibawah:

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

byk peristiwa yang penting dan menarik dalam bulan rejab nie. CSK senaraikan untuk korg. so, kalau korg nk taw lebih detail, korang wt research sndiri la ea. hehehe. bkn apa jgk, act CSK xnak ler post nie jd pnajang sgt, nnt letih plak korg nk baca. so nie ler senarai ny:
  1.  Hijrah pertama
  2. Peristiwa Isra' dan Mikraj
  3. Pembebasan Baitul Maqdis
  4. Kelahiran Imam As-Syafie r.a
  5. Perang Tabuk di antara Tentera Rom dan Tentera Islam
ok, sekarang CSK nk cerita sikit sal kelebihan berpuasa di bulan rejab nie. hukum puasa di bulan rejab adalah sunat. namun tiada hari2 yang khusus untuk umat Islam mengerjakanya. kalau korg taw imbalan puasa pd bulan rejab nie, sure korg nk bulan rejab je spjang tahun.. hehehe..since CSK malas nk tulis byk2, CSK come out dgn hadis di bawah.. it explain everything..
(Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan)") hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid
 bagi CSK, menjelmanya bulan rejab, semakin menghampiri kite dgn bulan Ramadhan. semoga diberi lg ksempatan utk mnikmati bulan Ramadhan kali ini. insya ALLAH..

Friday, May 25, 2012

cinta redha


cinta itu nikmat tapi awas..
kalau nikmat tapi kenapa awas??
ermmmm...

sebab cinta itu kejam!!

salah tu, cinta tidak kejam,
tapi manusia yang kejam..


sebab cinta itu membunuh!!salah tu, cinta bukan pembunuh,nafsu serakah yang membunuh..
sebab cinta itu melalaikan!!
salah tu, cinta tidak sekali melalaikan,
syaitan durjana itu melalaikan..


maka,

cintalah pada jalan yang diredhai

kerna cinta yang redha dihindari dari

kekejaman manusia

nafsu yang membunuh

dan dari syaitan lakhnatulah!!

insya ALLAH...

perkhawinan, ibadah paling indah

khawin itu ibadah.. alhamdulillah..
selain dapat memenuhi keperluan rohani
ia juga dapat menghindari kita dari pelbagai masalah
melalui perkhawinan kita dapat menghindari dari zina
yang mana ianya merupakan dosa besar..
ia juga dapat mengelakan kita daripada dosa-dosa yang lain
seperti fitnah, umpat dan pelbagai lagi

perkhawinan bukan sahaja menghalalkan apa yang haram,
malah ia lebih dari itu..
orang kata, memilih calon isteri itu seperti memilih masa depan,
insya ALLAH, jika elok perilaku isterinya eloklah rumahtangga..
bagi si suami pula, perlu dicari dalam kalangan yang beriman,
kelak membantu isteri ke jalan yang diredhai ALLAH,
jalan menuju ke JANNAH, insya ALLAH..

ingatlah, perkhawinan itu indah,
jangan dinodai dengan penceraian, curang, dan pelbagai lagi..
diibaratkan peceraian itu seperti meruntuhkan rumah ALLAH..
jadi pikir panjang,
timbang tara secukupnya,
tambah tolak sebaiknya
sebelum ingin melabuhkan layar bahtera perkhawinan
kerna ombak badai dunia perkhawinan
penuh dengan onak duri
yang memerlukan dua jiwa bersatu hati
bagi merentasinya hingga ke JANNAH..
namun jangan pula takut untuk berkhawin
kerana ianya merupakan ibadah yang paling indah sekali..




hukum sambutan hari jadi

hari nie genap umo CSK 23 tahun.. alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH kerana diberi peluang untuk hidup lagi di bumi NYA. semoga dengan peluang yang telah diberikan dan pengalaman hidup yang lepas dapat menjadikan CSK seorang yang lebih baik.. insya ALLAH.. semoga usia yang telah dianugerahkan oleh NYA ini juga dapat dipenuhkan amalan dan kebajikan.. insya ALLAH..

so sempena hari jadi ini, CSK nak bercerita sikit tentang hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin. selalu dekat sambutan hari jadi upacara tiup lilin ni mesti ada.. tiup2, lepas tu tepuk tangan.. hahaha.. tapi ramai yang xtaw dari mana dtangnya amalan ini dan apa hukumnya.. so, CSK buat research skit n nie yang CSK dapat rumuskan dan kongsikan bsama anda semua..

Hukum menyambut hari jadi adalah bida’ah yang harus. Ianya bdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’. kalau kite terjemahkan bida'ah terjadi kerana tiada contoh tentang sambutan hari jadi ini yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Manakala, jatuhnya hukum HARUS pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi. jadi kesimpulan yang dapat dibuat ialah, sambutan hari jadi tidak HARAM, tapi HARUS asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Mengenai undangan sambutan hari jadi pula, terdapat dalil-dalil syariat dari kitab dan sunnah yang mengatakan tidak boleh memenuhi undangan sesuatu sambutan hari jadi kerana hal itu bererti mendukung dan mendorong kepada kebid'ahan dan Allah Ta'ala berfirman:
"Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menetapkan syariat bagi mereka berupa agama yang tidak diizinkan oleh Allah."

Dan firman Allah:
"Kemudian Kami jadikan kamu di atas syariat dari urusan itu maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka tidak akan dapat menolak dari kamu dari siksa Allah sedikitpun. Dan sesungguhnya orang-orang yang halim itu sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Dan Allah adalah Pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa." (Q.S Al Jatsiyah : 18).

Dan Allah berfirman:
"Ikutilah olehmu apa-apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu. Dan janganlah kamu mengikuti penolong lain selain-Nya. Sedikit sekali di antaramu yang mengambil pelajaran."

bdasarkan dalil-dalil dan hadis-hadis diatas, dapat disimpulkan bahawa sambutan hari jadi merupakan bida'ah dan ianya tidak ada asalnya dalam syariat yang suci. ini dapat dijelaskan mnerusi hadis dibawah.

Ada hadits yang shahih dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bahwa sesungguhnya beliau bersabda:
"Barangsiapa yang mengamalkan satu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka dia tertolak."
 
seterusnya, CSK nak sentuh tentang hukum meniup lilin dlm sesuatu mjlis sambutan hari jadi. Hukum meniup lilin ini adalah HARAM kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu. atau ayat untuk lebih mudah difahami  'Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)'

Selain daripada itu, setengah ulama’ berpendapat boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. kenyataan ini selari dengan hukum dlm menyambut jari jadi sperti yg CSK jelaskan diatas. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W.) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

perbanyakanlah amalan kepada NYA kerna selangkah usia kite mningkat selangkah jugalah kita mghampiri kubur.. ajal tidak mengenal usia. CSK dah jelaskan tntang hukum smbutan hari jadi, so, masing2 buatlah keputusan sendri.. maafkan CSK jika ada tersalah fakta. sekadar renungan bsama..