alhamdulillah.. bulan rejab datang lagi.. ya, bulan rejab!! hahaha. selalu kalau kalendar Islam, bulan2 yang glamer bulan Ramadhan, Syawal an.. so, ramailah yang terlepas pandang dan tak sedar bile dah masuk bulan rejab. so CSK nak cerita sikit la pesal bulan rejab nie. act CSK bukan taw sgt la pesal bulan rejab nie. certain info tu CSK bru taw.. tp xpew, CSK tetap nk share dgn korg ilmu yg CSK ada nie..
Rejab
bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. bulan rejab merupakan salah satu bulan HARAM di dalam 12 bulan dalam kalendar Islam. selain daripada Rejab, bulan HARAM yg lain ialah Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharam. pada bulan2 nie,
Umat Islam
dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika keselamatan mereka terancam. jelas membuktikan bahawa, bulan ini sangat "istimewa" sekali sehingga peperangan dilarang sekali kecuali mereka diugut. ini dapat dibuktikan melalui hadis dibawah:
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban
adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan
umatku.”
byk peristiwa yang penting dan menarik dalam bulan rejab nie. CSK senaraikan untuk korg. so, kalau korg nk taw lebih detail, korang wt research sndiri la ea. hehehe. bkn apa jgk, act CSK xnak ler post nie jd pnajang sgt, nnt letih plak korg nk baca. so nie ler senarai ny:
- Hijrah pertama
- Peristiwa Isra' dan Mikraj
- Pembebasan Baitul Maqdis
- Kelahiran Imam As-Syafie r.a
- Perang Tabuk di antara Tentera Rom dan Tentera Islam
ok, sekarang CSK nk cerita sikit sal kelebihan berpuasa di bulan rejab nie. hukum puasa di bulan rejab adalah sunat. namun tiada hari2 yang khusus untuk umat Islam mengerjakanya. kalau korg taw imbalan puasa pd bulan rejab nie, sure korg nk bulan rejab je spjang tahun.. hehehe..since CSK malas nk tulis byk2, CSK come out dgn hadis di bawah.. it explain everything..
(Barangsiapa
berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun,
dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup
daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa
daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan
barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada
Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima
belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya
diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan
barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan)") hadis
yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid
bagi CSK, menjelmanya bulan rejab, semakin menghampiri kite dgn bulan Ramadhan. semoga diberi lg ksempatan utk mnikmati bulan Ramadhan kali ini. insya ALLAH..
No comments:
Post a Comment