Friday, June 1, 2012

Auratmu wanita

Aurat merupakan perkataan yang berasal dari perkataan Arab iaitu 'Aurah' yang membawa maksud keaiban. Istilah feqah pula mendenifisikan aurat sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.Namun begitu, terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan pada orang-orang yang tertentu.


Tapi, pada zaman ini, terdapat ramai golongan yang mendedahkan aurat secara terbuka tanpa segan silu terutamanya perempuan. bukan CSK hendak bersikap tidak adil, tapi pekara ini mungkin terjadi disebabkan oleh aurat perempuan lebih "banyak" perlu dijaga seterusnya membuatkan wanita lebih cenderung untuk membuka aurat. Tidak kurang juga yang tidak tahu tentang hukum dan batas batasan aurat lantas secara tidak sedar turut "membuka" aurat mereka. Jadi, pada post kali ini, CSK hendak berkongsi sedikit tentang apa yang CSK tahu tentang aurat perempuan ini. So, enjoy..

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
  1.  Aurat Ketika Sembahyang: Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
  2. Aurat Ketika Sendirian: Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
  3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Alasan mengapa pekara ini dilakukan ialah tidak lain tidak bukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh. Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
  1. Suami
  2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
  3. Ayah mertua
  4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
  5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
  1. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
  2. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
  3. Anak saudara dari saudara perempuan
  4. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
  5. Hamba sahaya
  6. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
  7. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka. Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
  1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
  2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian. 

So, CSK dah bercerita dgn panjang lebar tentang aurat nie. So, kepada wanita di luar sana, tutuplah aurat mu.. Jadi bunga yang mekar di taman, buah yang ranum di hujung pokok. Janganlah kamu serahkan dirimu kepada lalat dan ulat yang durjana.

No comments:

Post a Comment