Saturday, January 26, 2013

sahabat sejati

sekali update, smpai 4,5 post CSK update.. hahaha.. mood dtg.. bosan sbnarnyer.. ok r, skg CSK nk cerita sal sahabat. dlm dunia nie sume org de sahabat. betoi x? mgkin topik nie agk ringan buat certain readers.. but still, im writting to share my thought.. here it is... enjoyyyyyy..

sahabat sejati sukar dicari.. justeru, jangan dipersiakan sahabat sejati kelak ia akan membunuh dirimu sendiri. hargai sebuah persahabatan yang terjalin.. jangan cemari dengan penipuan dan pendustaan. kerna, persahabatan yang terjalin mesti berlandaskan kepercayaan. dan percayalah kepercayaan itu umpama sehelai kertas, bila sudah dinodai, ia seperti direnyuk-renyuk dan takkan pulih seperti sedia kala.. 

dalam bersahabat hendaklah bijak dan arif. kerna banyak yang bertopengkan.. golongan bijak pandai mengatakan,jika hendak mngenal peribadi seseorang, lihatlah pada rakan atau temannya. jelas disini menunjukkan betapa besarnya impak seorang yang bergelar sahabat kepada diri kita.

“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

hargailah sahabat anda...

No comments:

Post a Comment