Friday, May 25, 2012

perkhawinan, ibadah paling indah

khawin itu ibadah.. alhamdulillah..
selain dapat memenuhi keperluan rohani
ia juga dapat menghindari kita dari pelbagai masalah
melalui perkhawinan kita dapat menghindari dari zina
yang mana ianya merupakan dosa besar..
ia juga dapat mengelakan kita daripada dosa-dosa yang lain
seperti fitnah, umpat dan pelbagai lagi

perkhawinan bukan sahaja menghalalkan apa yang haram,
malah ia lebih dari itu..
orang kata, memilih calon isteri itu seperti memilih masa depan,
insya ALLAH, jika elok perilaku isterinya eloklah rumahtangga..
bagi si suami pula, perlu dicari dalam kalangan yang beriman,
kelak membantu isteri ke jalan yang diredhai ALLAH,
jalan menuju ke JANNAH, insya ALLAH..

ingatlah, perkhawinan itu indah,
jangan dinodai dengan penceraian, curang, dan pelbagai lagi..
diibaratkan peceraian itu seperti meruntuhkan rumah ALLAH..
jadi pikir panjang,
timbang tara secukupnya,
tambah tolak sebaiknya
sebelum ingin melabuhkan layar bahtera perkhawinan
kerna ombak badai dunia perkhawinan
penuh dengan onak duri
yang memerlukan dua jiwa bersatu hati
bagi merentasinya hingga ke JANNAH..
namun jangan pula takut untuk berkhawin
kerana ianya merupakan ibadah yang paling indah sekali..




No comments:

Post a Comment