Friday, May 25, 2012

hukum sambutan hari jadi

hari nie genap umo CSK 23 tahun.. alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH kerana diberi peluang untuk hidup lagi di bumi NYA. semoga dengan peluang yang telah diberikan dan pengalaman hidup yang lepas dapat menjadikan CSK seorang yang lebih baik.. insya ALLAH.. semoga usia yang telah dianugerahkan oleh NYA ini juga dapat dipenuhkan amalan dan kebajikan.. insya ALLAH..

so sempena hari jadi ini, CSK nak bercerita sikit tentang hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin. selalu dekat sambutan hari jadi upacara tiup lilin ni mesti ada.. tiup2, lepas tu tepuk tangan.. hahaha.. tapi ramai yang xtaw dari mana dtangnya amalan ini dan apa hukumnya.. so, CSK buat research skit n nie yang CSK dapat rumuskan dan kongsikan bsama anda semua..

Hukum menyambut hari jadi adalah bida’ah yang harus. Ianya bdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’. kalau kite terjemahkan bida'ah terjadi kerana tiada contoh tentang sambutan hari jadi ini yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Manakala, jatuhnya hukum HARUS pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi. jadi kesimpulan yang dapat dibuat ialah, sambutan hari jadi tidak HARAM, tapi HARUS asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Mengenai undangan sambutan hari jadi pula, terdapat dalil-dalil syariat dari kitab dan sunnah yang mengatakan tidak boleh memenuhi undangan sesuatu sambutan hari jadi kerana hal itu bererti mendukung dan mendorong kepada kebid'ahan dan Allah Ta'ala berfirman:
"Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menetapkan syariat bagi mereka berupa agama yang tidak diizinkan oleh Allah."

Dan firman Allah:
"Kemudian Kami jadikan kamu di atas syariat dari urusan itu maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka tidak akan dapat menolak dari kamu dari siksa Allah sedikitpun. Dan sesungguhnya orang-orang yang halim itu sebagian mereka menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Dan Allah adalah Pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa." (Q.S Al Jatsiyah : 18).

Dan Allah berfirman:
"Ikutilah olehmu apa-apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu. Dan janganlah kamu mengikuti penolong lain selain-Nya. Sedikit sekali di antaramu yang mengambil pelajaran."

bdasarkan dalil-dalil dan hadis-hadis diatas, dapat disimpulkan bahawa sambutan hari jadi merupakan bida'ah dan ianya tidak ada asalnya dalam syariat yang suci. ini dapat dijelaskan mnerusi hadis dibawah.

Ada hadits yang shahih dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bahwa sesungguhnya beliau bersabda:
"Barangsiapa yang mengamalkan satu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka dia tertolak."
 
seterusnya, CSK nak sentuh tentang hukum meniup lilin dlm sesuatu mjlis sambutan hari jadi. Hukum meniup lilin ini adalah HARAM kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu. atau ayat untuk lebih mudah difahami  'Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)'

Selain daripada itu, setengah ulama’ berpendapat boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. kenyataan ini selari dengan hukum dlm menyambut jari jadi sperti yg CSK jelaskan diatas. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W.) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

perbanyakanlah amalan kepada NYA kerna selangkah usia kite mningkat selangkah jugalah kita mghampiri kubur.. ajal tidak mengenal usia. CSK dah jelaskan tntang hukum smbutan hari jadi, so, masing2 buatlah keputusan sendri.. maafkan CSK jika ada tersalah fakta. sekadar renungan bsama..



No comments:

Post a Comment