Thursday, January 27, 2011

dunia dunia satu alam

katanya dia sukakan salji
sedangkan salji itu asing bagiku
katanya dia sukakan hitam
sedangkan putih itu pujaanku
katanya dia sukakan piano
sedangkan violin itu menjadi kegilaanku
katanya dia sukakan susu
sedangkan susu itu yang ku benci
katanya dia sukakan keju

sedangkan keju itu alah bagiku
katanya sukakan baju merah
sedangkan perang itu minatku
walaupun kami dari dua dunia
dunia yang berbeza sama sekali
tapi kami punya satu persamaan
persamaan yang kental
iaitu
kami wujud pada alam yang sama
itu sudah cukup untuk membuatku
BAHAGIA

No comments:

Post a Comment